CAMERON HIGHLANDS: 'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu termasuk tiga wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata, di sini, sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua mereka yang berusia 19 hingga 38 tahun itu dan antaranya mempunyai pertalian darah, ditahan dalam serbuan di sebuah lokasi di Brinchang kira-kira pukul 11.40 malam Sabtu lepas.
"Kami menerima maklumat berkenaan kes pecah cermin kereta bahagian penumpang belakang kenderaan jenis Toyota Vellfire dan sebuah beg galas berisi wang tunai sebanyak RM260,000 telah dicuri, dan mendapati ia merupakan salah satu daripada tujuh kes tersebut.
"Hasil serbuan yang dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, telah berjaya membawa kepada penangkapan enam suspek dalam tempoh kurang dari satu jam kes itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata polis merampas beg hitam berisi wang tunai berkenaan, beg mengandungi peralatan pecah cermin serta anak kunci gari, empat paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan sepaket plastik berisi ketulan dimampatkan daun kering disyaki dadah jenis ganja.
Ramli berkata turut dirampas dalam serbuan itu termasuklah pelbagai jenis barangan kemas, 10 buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM3,843.
Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati terdapat dua lagi rakan jenayah suspek yang masih bebas yang dikenali sebagai Muhammad Zaidi Zainal yang mempunyai 26 rekod jenayah lampau dan seorang lagi yang dikenali dengan nama panggilan Faiz.
"Mereka yang datang dari Sungai Petani, Kedah turut membawa anak kecil berumur lapan bulan sehingga 19 tahun, menginap di sebuah pusat penginapan terkemuka di sini sejak Khamis lepas," katanya.
Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 39A (2) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.
Katanya kesemua tangkapan direman selama empat hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf (tiga, kanan) menunjukkan foto dua suspek yang dikehendaki polis berkaitan kes pecah cermin kenderaan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands hari ini. - Foto BERNAMA
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
KBS mahu pencarian bakat sukan diteruskan di peringkat negeri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu program pencarian dan pembangunan bakat dilakukan secara berterusan di peringkat negeri khususnya bagi sukan yang mampu menyumbang pingat di pentas antarabangsa.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.
AWANI Ringkas: Ugut ibu bapa selebriti | Kad Diskaun Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melancong sambil mencuri, enam individu termasuk tiga wanita ditahan
'Melancong sambil mencuri' merupakan taktik enam individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam tujuh kejadian pecah kereta di kawasan pekan Tanah Rata.